.::Teratak Nurdai'e::.

faimie_mohamad@yahoo.com

Friday, August 8, 2008

DOA UNTUK KEKASIH


Dengan nama AllahYang Maha Pengasih lagi Maha PenyayangYa Allah…Seandainya telah Engkau catatkan…Dia milikku tercipta buatku…satukanlah hatinya dengan hatiku..Titipkanlah kebahagiaan antara kami…Agar kemesraan itu abadi..Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengasihiseiringkanlah kami melayari hidup ini..ke tepian yang sejahtera dan abadi..maka jodohkanlah kami..Tetapi ya Allah..seandainya telah Engkau takdirkanDia bukan milikku..Bawalah dia jauh dari pandanganku.Luputkanlah dia dari ingatanku…Dan peliharalah saya dari kekecewaan…Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..Berikanlah saya kekuatan…Menolak bayangannya jauh ke dada langit…Hilang bersama senja yang merah…Agarku sentiasa tenang..Walaupun tanpa bersama dengannya..Ya Allah yang tercinta…Pasrahkanlah saya dengan takdir Mu..Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..Adalah yang terbaik untukku…Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…Segala yang terbaik buat hamba-Mu…Ya Allah..Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…Di dunia dan di akhirat…Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…Janganlah Engkau biarkan saya sendirian…Di dunia ini mahupun di akhirat…Menjuruskan saya ke arah kemaksiatan danKemungkaran…Maka kurniakanlah saya seorang pasangan yangBeriman…Agar saya dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraanHidup…Ke jalan yang Engkau redhai…Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh danSoleha…Ya Alllah…Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dandi akhirat…dan peliharalah kami dari azab api neraka…

my picturez

>>>>wasiat imam syafie<<<<


Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat hendaklah dia mengamalkan 10
perkara berikut :
Pertama :Hak Kepada Diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua :Hak Kepada Malaikat Maut iaitu mengaqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan bagi mati dan merasa cinta kepada Allah
Ketiga :Hak Kepada Kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat :Hak Kepada Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima :Hak Kepada Mizan iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan
Keenam :Hak Kepada Sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, wara', suka membantu orang beriman da suka berjemaah.
Ketujuh :Hak Kepada Malik iaitu banyak menangis kerana takut kepada azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibubapa, bersedeqah ketika terang dan sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan :Hak Kepada Ridhwan iaitu merasa redha kepada qadha Allah, bersabar menerima bala, bersyukur kepada nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.
Kesembilan :Hak Kepada Rasulullah SAW iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah SWT.
Kesepuluh :Hak Kepada Allah SWT iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tuesday, August 5, 2008

my favarout game

mencari erti kehidupan...

kehidupan yang sempurna adalah berpandukan kepada al-quran dan al-hadis....mengikut batas-batas syariat dan meninggalkan larangan Allah....kehidupan yang berpaksikan kemungkaran adalah kehidupan yang tidak diredhai Allah dan dilaknatiNya...hiduplah sebagai seorang Islam, jangan hidup sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara...renung-renungkan dan selamat beramal....

Islam agama Keamanan...

Islam agama yang syumul.....Islam adalah agama yang menyuruh ummatnya mencintai keamanan....walhal barat telah memporak perandakan dunia...mereka telah mendakwa merekalah pengaman dunia...tapi mereka bersifat hipokrit dan merekalal yang mencetuskan perperangan dan perpecahan...mereka adalah syaitan dunia...